Search This Blog

Saturday, April 5, 2014

Mayat tersorok bawah tangga


Alaska: Seorang lelaki berusia 37 tahun yang dilapor hilang sejak setahun lalu ditemui mati oleh bekas isterinya di bawah tangga rumah yang mereka sewakan.

Samuel Ephram McAlpine dilapor hilang pada 29 Mac tahun lalu oleh kakaknya selepas tidak pulang ke rumah hari itu.


Namun, Isnin lalu, bekas isterinya, Christine Elizabeth McAlpine menemui mayatnya di rumah mereka ketika membersihkannya untuk penyewa baru.



Polis percaya McAlpine pergi ke rumah itu secara senyap sebelum ia di sewakan dan meninggal dunia.


Punca kematian masih belum dikenal pasti.


Jurucakap polis, Anita Shell memberitahu media tempatan McAlpine masuk semula ke rumah itu beberapa hari sebelum ia disewakan tahun lalu.

Pasangan yang berasal dari Alaska itu sedang dalam proses perceraian pada waktu itu.


“Dia cuba menyusup masuk ke rumah itu melalui kawasan bawah tangga yang biasanya dijadikan stor dan dia meninggal dunia di situ,” kata Anita.

Polis percaya dadah dan alkohol menjadi punca kematiannya dan tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah.


Menurut laporan media, penyewa baru yang kedua-duanya tentera, memasuki rumah itu tanpa menyedari ada mayat di bawah tangga mereka. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/04

No comments:

Post a Comment