Search This Blog

Monday, April 21, 2014

MAYAT DIKELUARKAN


Jumlah kematian rasmi akibat feri karam semalam melebihi 50 orang yang ditemui pasukan penyelam yang akhirnya berjaya memasuki bangkai kapal berkenaan.

Pegawai pengawal pantai Koh Myung-seok berkata, selepas berjaya memecahkan sebuah tingkap pada lewat Sabtu, lebih banyak penyelam berjaya menemui laluan lain memasuki kapal berkenaan membolehkan mereka menemui mayat penumpang malang feri berkenaan.

Sebanyak 19 mayat ditemui di dalam kapal manakala enam lagi dilihat terapung di dalam air menjadikan jumlah rasmi mayat ditemui sebanyak 58.

Mayat yang ditemui itu sudah dibawa keluar.

Kira-kira 250 orang dilaporkan masih hilang dengan kebanyakannya pelajar sekolah yang mengikuti rombongan ke Pulau Jeju.



Feri itu membawa 470 penumpang termasuk 323 pelajar sekolah.

Sekurang-kurangnya 23 yang disahkan mati adalah pelajar.

Anggota keluarga yang menanti di Pulau Jindo berhampiran semakin terdesak dan bimbang mayat orang tersayang mereka tidak akan ditemui melepaskan marah terhadap kereta Perdana Menteri Chung Hong-won ketika pemimpin itu datang melawat selain merancang berjalan kaki tanda protes ke kediaman presiden, Rumah Biru.

Anggota polis terpaksa menghalang kira-kira 100 anggota keluarga dalam perjalanan mereka itu.

“Kerajaan yang membunuh anak kami! Kami mahu jawapan!” kata kumpulan itu.

Anggota keluarga kini terdesak mahu menemui mayat mangsa sebelum reput.

“Selepas empat atau lima hari, mayat akan mula mereput.


Kalau dipegang tangannya sudah pasti tercabut.

“Saya rindukan anak lelaki saya dan bimbang terpaksa pulang tanpa mayatnya,” kata seorang bapa mangsa feri karam berkenaan.

Feri Sewol karam Rabu lalu, namun penyelam hanya berjaya memasuki rangka kapal itu beberapa hari kemudian disebabkan cuaca buruk dan arus deras.

Pegawai pengawal pantai Koh Myung-seok berkata, selepas berjaya memecahkan sebuah tingkap pada lewat Sabtu, lebih banyak penyelam berjaya menemui laluan lain memasuki kapal berkenaan membolehkan mereka menemui mayat penumpang malang feri berkenaan.

Sementara itu, Komander Yim Myung-soo dari tentera laut Korea Selatan berkata, seorang kelasi berusia 21 tahun dikenali sebagai Cho turut maut akibat kecederaan dialami ketika membantu usaha mencari dan menyelamat.

Dalam perkembangan berkaitan, kapten kapal Lee Joon-seok ditahan Sabtu lalu dan menghadapi lima tuduhan termasuk kecuaian dalam melaksanakan tugas dan melanggar perundangan maritim.


Dua anak kapal juga ditahan termasuk malim ketiga rekrut yang mengemudi kapal ketika kejadian.

Pegawai Pendakwa Kanan Yang Jung-jin berkata, Lee melakukan kesalahan maritim apabila tidak berada di anjungan untuk membantu anak kapalnya ketika feri melalui kawasan yang sukar dikemudi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/21

No comments:

Post a Comment