Search This Blog

Tuesday, April 29, 2014

Mangsa dapat telefon keluarga


KOTA KINABALU – Seorang pelajar dari Shanghai, China yang merupakan antara dua wanita mangsa culik di Singamata Resort, Semporna awal bulan lalu dibenarkan membuat panggilan telefon kepada keluarganya hampir setiap hari.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, maklum balas risikan juga mendapati keadaan kedua-dua mangsa culik berada dalam keadaan selamat dan sihat.
“Pihak berkuasa keselamatan Filipina kini telah menghampiri lokasi kedua-dua wanita terbabit disembunyikan selain berusaha melakukan tindakan terbaik bagi menyelamatkan mereka tanpa mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0429&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz30Ds0EZke 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment