Search This Blog

Wednesday, April 23, 2014

Mangsa culik dibunuh selepas SMS


MURUGAN (berbaju belang) semasa ditemu bual pemberita di Rumah Mayat Hospital Melaka semalam.


MELAKA – Selamat jalan dan Lagi satu kali x sms. Awk boleh sembayang utk anak. Itu merupakan dua mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima D. Murugan, 52, pada pukul 5.35 petang kelmarin iaitu kira-kira satu jam setengah sebelum anaknya, M. Gunaseelan, 13, yang hilang Ahad lalu ditemui mati dibunuh.
Semasa ditemui, mayat anak bongsu daripada tiga beradik itu dalam keadaan terbaring dengan kedua-dua belah tangan dan kaki terikat pada kerusi di tingkat satu sebuah rumah kedai kosong di Taman Merdeka Jaya di sini.
Gunaseelan


Jarak mayat Gunaseelan ditemui dengan rumahnya kira-kira 500 meter.
Murugan memberitahu, kali terakhir dia melihat Gunaseelan pada pukul 8 pagi Ahad lalu sebelum dia keluar dari rumah untuk ke pasar borong.
“Sebelum meninggalkan Gunaseelan di rumah, saya memberitahu akan pulang pada pukul 9 pagi dan berjanji akan membeli sarapan pagi untuknya,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Melaka di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2ziohri00 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment