Search This Blog

Saturday, April 5, 2014

Liberia catat kes pertama suspek kematian Ebola



BEBERAPA petugas pertubuhan bantuan perubatan Medecin Sans Frontieres membawa mayat seorang lelaki yang mati akibat wabak Ebola di Guekedou, Guinea pada 1 April lalu.


MONROVIA - Liberia kelmarin mencatat kematian pertama yang disyaki berpunca daripada virus Ebola.
Jangkitan tersebut berpunca dari dalam Liberia dan terpencil daripada wabak Ebola yang menyerang dua negara jirannya, Guinea dan Mali.
Sekiranya disahkan, kes di bandar Tapeta, timur Liberia itu memberi petanda buruk dalam perang membasmi Ebola yang kini meragut sebanyak 84 nyawa.
Sehingga kini, jangkitan virus Ebola tertumpu kepada penduduk dan pengembara yang kembali dari Guinea, pusat wabak tersebut.
"Kami mencatat satu kes di Tapeta apabila seorang pemburu yang tidak berhubung dengan sesiapa pun yang pulang dari Guinea telah jatuh sakit.
"Dia dimasukkan ke sebuah hospital dan meninggal dunia 30 minit kemudian," kata ketua pegawai perubatan, Bernice Dahn.
"Dia tidak berhubung dengan pembawa virus itu atau berkunjung ke Guine. Ini kelihatan seperti kes terpencil," tambahnya.
Spesies kelawar buah yang merupakan pembawa virus Ebola menjadi hidangan kegemaran ramai di rantau berkenaan termasuk Guine, Liberia dan Sierra Leone.
Setakat ini, pakar-pakar perubatan mengesyaki wabak tersebut berpunca daripada kelawar buah yang ditangkap untuk dijadikan makanan oleh pemburu-pemburu.
Ebola boleh menjangkiti manusia daripada hidupan liar atau menyebabkan jangkitan semasa manusia menerusi darah, peluh dan najis manusia.
Sehingga kini, belum ada vaksin bagi mengubati penyakit tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2xxj9aCYS 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment