Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

Lena gagal ketepi 2 pertuduhan


Kuala Lumpur: Penyelaras program di Pusat Komunikasi Masyarakat (KOSMAS) Lena Rasathi Hendry gagal mengetepikan dua tuduhan dihadapinya berhubung penayangan filem belum diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF), dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, di sini, Kamardin Hashim memutuskan demikian selepas menolak permohonan difailkan Lena pada 25 November tahun lalu dan memerintahkan kes itu dikembalikan di Mahkamah Majistret hingga selesai dibicarakan.


Terdahulu dalam keputusannya, Kamardin berkata, Lena selaku pemohon bertanggungjawab membukti haknya dicabuli di dalam kes berkenaan mengikut Akta Penapisan Filem.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/12

No comments:

Post a Comment