Search This Blog

Thursday, April 24, 2014

Leka enjutan GRO


Oleh Yusmawati Mhd Yusof

Melaka: Keasyikan pengunjung menonton aksi tarian dan nyanyian pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan terbantut selepas premis di Jalan Merdeka, Banda Hilir di sini itu diserbu polis dalam Ops Noda, awal pagi semalam.

Dalam serbuan jam 1.30 pagi itu, seramai 19 GRO warga China dan tiga lelaki tempatan ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka diketuai Pegawai Turusnya Asisten Superintendan Azhar Abdul Rahim.


Difahamkan, ketika serbuan sebahagian daripada 16 pelanggan sedang leka diulit GRO berkenaan manakala bakinya asyik menyaksikan tarian dan nyanyian wanita terbabit di atas pentas sambil mengalungkan bunga dengan bayaran antara RM100 hingga mencecah RM1,000.



Dalam serbuan berkenaan, mereka gagal melarikan diri menggunakan pintu belakang selepas premis itu dikepung sepasukan empat pegawai dan 12 anggota D7 dibantu Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).


Azhar berkata, pelanggan juga boleh memilih pelbagai mahkota dan jubah yang dijual untuk diberikan kepada GRO disukai dengan harga ditetapkan dipercayai mencecah ribuan ringgit.


“Dalam serbuan ini, seramai 19 GRO warga China berusia 20 hingga 30 tahun dan tiga lelaki tempatan termasuk seorang penjaga premis ditahan.

“Pemeriksaan awal mendapati GRO berkenaan melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada permit kerja dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan, di sini, semalam.


Azhar berkata, manakala penjaga premis berusia 50 tahun ditahan kerana menggaji pekerja tanpa permit dan dua pelanggan berusia 23 dan 40-an masing-masing ditahan atas kesalahan positif dadah jenis syabu dan dikehendaki polis.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/23

No comments:

Post a Comment