Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

Kereta peronda terbalik, dua anggota polis cedera


MELAKA 11 April - Dua anggota polis nyaris maut apabila kereta pe-ronda dinaiki mereka terbabas lalu terbalik, ketika mengejar sebuah kereta dipercayai dinaiki tiga penjenayah di persimpangan lampu isyarat Taman Ciptaco, di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 1.25 pagi itu, kedua-dua anggota berkenaan, Koperal Mohd. Tarmizee Wan Dolah, 37, dan Lans Koperal Muhamad Hanif Hashim, 27, dari Unit Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Melaka Te-ngah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, sebelum kejadian, kedua-dua anggota itu sedang meronda sebelum terse-rempak dengan sebuah kereta dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di Taman Muzaffar Heights, di sini.
“Curiga dengan keadaan itu, kedua-dua anggota berkenaan kemudian mengarahkan pemandu kereta jenis Proton Wira tanpa nombor pendaftaran itu supaya berhenti, namun tidak diendahkan.
“Suspek kemudian memecut ke arah pusat bandar menyebabkan dua anggota itu mengejarnya.
“Semasa dikejar, kereta peronda tersebut dihimpit kereta suspek sehingga melanggar bahu jalan sebelum terbalik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jelas beliau, suspek bersama kereta itu kemudian menghala ke arah Taman Ciptaco sebelum menghilangkan diri.
Ekoran kejadian itu katanya, Muhamad Hanif yang memandu kereta peronda berkenaan cedera di bahagian siku manakala Mohd. Tarmizee luka di kepala.
Tambah Salehhudin, kes ber-kenaan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana cuai dan berbahaya hingga menyebabkan kemalangan.
“Justeru, saya minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian itu agar dapat tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140412/je_08/Kereta-peronda-terbalik-dua-anggota-polis-cedera#ixzz2ycFe15Dx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment