Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

Kanak-kanak perempuan mati dipercayai didera


BATANG SADONG 11 April - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang tinggal bersama ibu saudaranya ditemukan mati, dipercayai didera oleh bapa saudaranya sendiri, malam semalam.
Mangsa diserahkan oleh ibunya kepada keluarga itu untuk penjagaan, kerana terpaksa bekerja di Serian.
Menurut Ketua Polis Daerah Simunjan, Choo Yin Kok, hasil siasatan mendapati mangsa yang belajar di prasekolah di Sekolah Kebangsaan Sageng, mengalami pendarahan di bahagian kemaluan dan gigitan di tangan.
“Kita menerima laporan daripada Hospital Simunjan berhubung kejadian itu pada pukul 9.45 malam.
“Berikutan itu, polis menahan lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pembantu am sekolah.
“Lelaki itu direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah beliau, mayat mangsa akan dibedah siasat di Hospital Umum Sarawak, pada Ahad ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140412/je_10/Kanak-kanak-perempuan-mati-dipercayai-didera#ixzz2ycFIrMsH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment