Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

Kabin bahan makanan terbakar


Ipoh: Pemilik sebuah kilang memproses makanan di Jelapang kerugian selepas sebahagian besar kabin musnah dalam satu kebakaran awal pagi semalam.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan pekerja tidak bertugas pada waktu itu.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Yahya Madis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.25 pagi sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dan satu dari BBP Meru Raya dikejarkan ke tempat kejadian.



Katanya, apabila jentera pertama sampai di tempat kejadian, api sudah marak dan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran sebelum menamatkan operasi dua jam selepas itu.


Menurutnya, kabin penyimpanan itu musnah hampir 95 peratus, manakala dinding bilik simpanan sejuk beku hanya musnah 10 peratus.


“Pihak kami terpaksa menggunakan satu aliran air sepanjang 300 kaki dan dua pancutan daripada pam jentera untuk mengawal kebakaran.

“Sehingga kini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/12

No comments:

Post a Comment