Search This Blog

Monday, April 21, 2014

Jurutera diculik Abu Sayyaf dibebas


2014/04/21 - 07:00:47
MANILA: Jurutera Filipina yang didakwa diculik oleh anggota kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina 54 hari lalu sudah dibebaskan, kata tentera semalam.

Bonifacio Salinas diculik bersama-sama isterinya, Claire di pulau Jolo pada Februari yang dibebaskan sebulan kemudian.


Jurucakap tentera, Kapten Ryan Lacuesta berkata, Salinas dibebaskan di tepi jalan bergunung, pada Sabtu malam.

“Dia diarah berjalan menghala kelapangan terbang Jolo. Dia bertemu beberapa orang awam yang membantunya menghubungi ibu pejabat briged marin,” kata Lacuesta.

“Salinas sudah dipertemukan semula dengan anggota keluarganya,” kata Lacuesta.

Katanya, ‘tiada maklumat’ sama ada terdapat bayaran wang tebusan atau siapa penculik itu.

Penculikan di kawasan itu sering kali dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf yang dibentuk pada tahun 1990-an dengan sumber kewangan daripada Al-Qaeda, demikian menurut polis dan tentera. - AFP

No comments:

Post a Comment