Search This Blog

Saturday, April 5, 2014

Jurugambar AP terkorban


KHOST, Afghanistan 4 April - Agensi berita, Associated Press (AP) melaporkan seorang jurugambarnya terbunuh, manakala seorang wartawannya cedera hari ini dalam satu kejadian tembakan oleh polis Afghanistan di timur negara ini.
Anja Niedringhaus, 48, yang merupakan jurugambar warga Jerman mati di tempat kejadian, manakala wartawan, Kathy Gannon, cedera selepas ditembak dua kali dan dia sedang dirawat, lapor agensi berita itu dalam satu laporan di Kabul.
Jurucakap wilayah, Mobarez Mohammad Zadran dan ketua polis, Yaqub Mandozai berkata, suspek mengenakan pakaian polis dalam kejadian itu.
Jurugambar berkenaan merupakan pengamal media kedua terbunuh di Afghanistan selepas wartawan dari Sweden, Nils Horner ditembak mati di Kabul pada Mac lalu ketika kempen pilihan raya di negara ini sedang berjalan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140405/lu_06/Jurugambar-AP-terkorban#ixzz2xxRiUb9a
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment