Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

Gadai nyawa demi keluarga


Maran: Demi membebaskan keluarganya yang diikat, seorang lelaki sanggup mempertaruhkan nyawa bergelut dengan tiga penyamun bersenjatakan sebilah parang dan sebatang kayu sebelum dia mengalami kecederaan di kepala akibat dibelasah dalam kejadian di FELDA Jengka 5, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.50 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun yang baru pulang memancing bersama rakannya dibelasah penyamun terbabit tanpa belas kasihan sebelum suspek memberi amaran supaya tidak melawan.


Sebelum kejadian, suspek yang bertopeng dan bersenjatakan sebilah parang serta sebatang kayu mengumpil pintu rumah mangsa sebelum mengejutkan bapa bersama ibunya masing-masing berusia 75 dan 65 tahun serta tiga ahli keluarga lain yang sedang tidur di dalam bilik.



Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, tiga penyamun terbabit kemudian mengumpulkan bapa dan ibunya bersama adik-beradiknya yang lain di satu tempat sebelum seorang daripada penyamun itu mengawal mereka.


Katanya, siasatan awal mendapati seorang daripada rakan penyamun itu mengacukan parang dan mengarahkan mangsa tidak melawan serta mendiamkan diri jika mahu selamat.


Siasatan mendapati mangsa yang turut diikat selepas dibelasah melepaskan ikatan berkenaan sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan FELDA Jengka 5 untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di kepala.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/12

No comments:

Post a Comment