Search This Blog

Saturday, April 5, 2014

Felda menang rayuan terhadap peneroka


PUTRAJAYA 4 April - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) boleh mendapat semula wang caruman mencecah RM1.8 juta yang telah diserahkan kepada 121 orang peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 di bawah tabung tanam semula (TTS) yang diurus oleh agensi itu.
Perkara tersebut berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Aziah Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Varghese George Varughese ketika membenarkan rayuan Felda.
Mahkamah turut memerintahkan peneroka-peneroka Felda Kemahang 1 dan 2, Tanah Merah, Kelantan selaku responden-responden membayar kos RM50,000.
Felda merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 14 Jun 2011 yang membenarkan tuntutan saman peneroka-peneroka dan mengarahkan agensi itu membayar RM1.8 juta kepada mereka selepas gagal membayar semula wang caruman yang disimpan di bawah tabung berkenaan. - UTUSAN ONLINE.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140404/ma_07/Felda-menang-rayuan-terhadap-peneroka#ixzz2xxiiIftU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment