Search This Blog

Saturday, April 5, 2014

Esscom kenal pasti kumpulan penculik wanita di Semporna


LAHAD DATU 4 April - Kumpulan penculik yang melarikan dua wanita termasuk seorang pelancong warga China dari sebuah resort di Pulau Singgahmata, Semporna, Rabu lepas, dipercayai turut terbabit dalam insiden penculikan di Pulau Pom-Pom dan Pulau Sipadan.
Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek berkata, seorang daripada penculik itu dipercayai terbabit dalam kes di Pulau Pom-Pom pada tahun lepas, manakala bakinya terlibat dengan kes penculikan di Pulau Sipadan pada tahun 2000.
"Kumpulan penculikan untuk wang tebusan ini dipercayai aktif dan agresif di selatan Filipina," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Menurut Mohammad pihaknya juga yakin kedua-dua wanita terbabit sudah dibawa ke selatan Filipina dan Esscom sudah mengenal pasti lokasi yang mungkin dijadikan tempat mereka disembunyikan.
Kedua-duanya juga dipercayai berada dalam keadaan baik, katanya.
Mohammad berkata, pihak Esscom juga tidak menolak kemungkinan penglibatan rakyat tempatan yang berasal dari Filipina yang memberi maklumat kepada anggota kumpulan penculik tersebut. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140404/je_06/Esscom-kenal-pasti-kumpulan-penculik-wanita-di-Semporna#ixzz2xxho38ZV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment