Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

Elak lori balak


Oleh Ahmad Ismail
Segamat: “Saya mengelak sebelum terlanggar tiang elektrik dengan harapan tidak melanggar lori balak itu, “ kata pemandu lori dengan muatan kertas lama yang mahu dikenali sebagai Razak, 32, dalam kejadian kemalangan di Jalan Buloh Kasap, di sini, jam 3 petang kelmarin.

Menurutnya, dia memandu sambil mengekori sebuah lori balak menuju ke arah Batu Anam, di sini, sebelum kenderaan terbabit brek mengejut.


“Secara tiba-tiba lori balak di hadapan membrek secara mengejut dan untuk mengelak terlanggar belakang lori balak itu, saya menukar haluan ke sebelah kiri jalan.



“Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya tiada pilihan selain terpaksa merempuh tiang elektrik ini hingga menyebabkan bahagian hadapan lori remuk,” katanya.


Menurutnya, dia bersyukur kerana luka kecil di muka dan badan selepas terhantuk pada stereng.


Katanya, lori balak berkenaan tidak berhenti dan mungkin kerana pemandunya tidak menyedari kejadian itu Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan kejadian terbabit dan berharap saksi kejadian tampil memberi maklumat mengenai kejadian itu.

“Mereka yang mempunyai maklumat boleh tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian 07-9312222,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/12

No comments:

Post a Comment