Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

Dua polis cedera ditembak



KEADAAN Richard Jr. (terbaring) yang ditembak dalam kejadian di Jalan Lembah Maju 1, Ampang semalam. Gambar kecil, fotofit suspek yang kini diburu polis.


AMPANG JAYA - Dua anggota polis peronda cedera selepas ditembak seorang lelaki dalam kejadian di Jalan Lembah Maju 1 di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, anggota polis berkenaan, Lans Koperal Lional Richard Jr, 26, cedera pada perut, manakala Konstabel Zul Fazli Atlahi, 28, cedera di bawah perut.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, kejadian berlaku semasa kedua-dua mereka dari unit kereta peronda sedang membuat rondaan cegah jenayah sebelum terserempak dua lelaki berusia lingkungan 30-an dalam keadaan mencurigakan.
Menurut beliau, kedua-dua anggota itu kemudian turun membuat pemeriksaan ke atas seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 dan melihat seorang lagi rakannya berada dalam keadaan cemas.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2ycOhPRgE 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment