Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

Dua ahli Geng Raja dicekup



SHAFIEN (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan barangan curi yang dirampas selepas menahan dua ahli Geng Raja di Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam.


NIBONG TEBAL - Seorang lelaki yang baru 18 hari dibebaskan dari Penjara Tapah, Perak masih tidak serik apabila dia ditahan bersama seorang rakan di rumahnya di Taman Sejahtera, Bukit Mertajam dekat sini pada Selasa lalu kerana didakwa terlibat dalam kegiatan pecah rumah.
Suspek yang berusia 26 tahun dicekup bersama seorang rakan berusia 34 tahun daripada Geng Raja oleh sepasukan polis kira-kira pukul 3 pagi.
Dia sebelum ini dikenakan hukuman penjara selama lapan bulan atas kesalahan mencuri.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, kedua-dua suspek ditahan selepas polis menerima maklumat mereka terlibat dalam dua kejadian pecah rumah yang dilaporkan berlaku di Simpang Ampat di sini pada 6 dan 7 April lalu.
Katanya, polis yang melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan menemui pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah mereka yang disimpan di situ.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2ycP0uYWu 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment