Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

Diusir selepas diami 80 tahun


SEBAHAGIAN daripada penduduk mengadakan tunjuk perasaan secara aman sebagai membantah pengambilan tanah mereka oleh pemaju di Kampung Permatang Tok Subuh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM
BUKIT MERTAJAM 11 April - Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh di sini meminta kerajaan negeri campur tangan dalam masalah mereka yang diusir pemilik tanah walaupun telah meneroka kawasan tersebut sejak 80 tahun lalu.
Difahamkan tanah itu telah dijual oleh pemilik tanah kepada sebuah syarikat dengan penduduk hanya ditawarkan jumlah pampasan yang sedikit.
Salah seorang penduduk, Jab Samad, 67, berkata, beliau kecewa dengan sikap pemilik tanah yang enggan berbincang tentang perkara itu sebaliknya mengheret penduduk ke mahkamah.
“Kami tidak mahu pampasan tetapi apa yang kami mahu adalah rumah sebagai tempat tinggal," katanya ketika ditemui mengadakan demonstrasi secara aman bersama kira-kira 50 penduduk kampung itu di sini hari ini.
Seorang suri rumah, Hamidah Che Embi, 46, berkata, mereka amat memerlukan rumah bagi meneruskan kesinambungan hidup berkeluarga.
Katanya, pampasan sebanyak RM15,000 hingga RM35,000 yang ditawarkan oleh pemilik tanah kepada mereka dilihat sangat tidak berbaloi.
“Kami tidak mahukan wang kerana kami memerlukan rumah untuk tempat berlindung.
“Apa akan jadi kepada generasi akan datang jika tidak mempunyai tempat tinggal," katanya sambil memberitahu mereka akan diheret ke mahkamah pada 18 April ini.
Tambah Hamidah, tindakan pemilik tanah mahu mengusir penduduk dengan menggunakan mahkamah adalah satu tindakan tidak wajar.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20140412/wu_01/Diusir-selepas-diami-80-tahun#ixzz2ycMqM9k6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment