Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

Diburu along angkara ‘isteri’


Kuala Lumpur: “Mujur isteri saya memahami dan tidak mempercayai perkara itu,” kata seorang kontraktor dikenali sebagai Chong, 41, yang kini hidup dalam ketakutan apabila diburu beberapa ceti haram atau along akibat pinjaman bernilai puluhan ribu ringgit dibuat seorang wanita licik mengaku sebagai ‘isterinya’.

Lebih mengejutkan apabila mangsa mendakwa wanita berusia 40-an dikenali sebagai Soo itu adalah bekas rakan perniagaannya sendiri yang pernah menyerahkan cek tendang hingga menyebabkan mereka terputus hubungan sejak dua tahun lalu. Difahamkan, wanita itu menggunakan nama yang hampir sama dengan isteri mangsa untuk membuat pinjaman lebih RM60,000 dengan beberapa along dan turut memberikan alamat kediaman mangsa sebelum menghilangkan diri. Menurut Chong yang menetap di Cheras, dia terkejut apabila didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang memberitahu bahawa isterinya membuat pinjaman wang berjumlah RM40,00 daripada sebuah ‘syarikat’, kira-kira jam 6 petang, 3 April lalu.


“Lelaki berkenaan kemudian menunjukkan nama dan dokumen pinjaman terbabit yang menggunakan nama hampir sama dengan nama isteri saya dikenali sebagai Ooi berusia 40-an. “Saya memberitahu lelaki itu bahawa isteri saya tidak pernah meminjam dengan along terbabit,” katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam. Hadir sama Ketua biro itu Datuk Seri Michael Chong.



Dakwa beliau, dua hari berikutnya, dia menemui satu notis di pintu pagar rumahnya yang antaranya tertulis ‘Bayar Balik Duit Saya, Hubungi Saya!!!’. “Belum reda dengan ugutan itu, saya turut menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memaklumkan ‘isteri’ saya itu membuat pinjaman RM20,000, Selasa lalu,” katanya yang tampil membuat laporan di balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/12

No comments:

Post a Comment