Search This Blog

Monday, April 21, 2014

Dibuang kerja guna e-mel syarikat


New York: Seorang eksekutif kanan syarikat penyiaran Amerika dibuang kerja kerana menggunakan akaun e-mel syarikatnya bagi menyalurkan bantuan kepada ahli keluarga penumpang penerbangan MH370.

Naib Presiden Amalan dan Piawaian Fox Cable Networks Group, Darlene Tipton dilaporkan ingin mengaturkan bantuan kewangan kepada ahli keluarga penumpang untuk proses mahkamah yang dijangka memakan masa yang lama.

Dia memulakan proses itu dengan mengirim e-mel kepada Sarah Bajc, teman wanita seorang warga Amerika, Philip Wood yang juga seorang daripada 239 penumpang MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

Jurucakap Fox, Scott Grogin berkata, tindakan dibuat Tipton itu didapati melanggar polisi syarikat.

Dengan alasan dasar privasi, beliau enggan menerangkan lebih lanjut, namun mengesahkan Tipton yang bersama Fox sejak 25 tahun lalu sudah meninggalkan syarikat itu pada 9 April lalu.

Bagaimanapun, Tipton dilaporkan akan meneruskan inisiatifnya dengan menyelaraskan bantuan melalui website GoFundMe.



“Kami ingin mengumpul dana untuk ahli keluarga bagi memberi mereka bantuan segera,” kata Tipton dalam wawancara melalui telefon dari Los Angeles.

“Jika tidak, mereka akan berada di mahkamah (untuk urusan kes) untuk bertahun lamanya,” katanya.

Syarat utama bagi ahli keluarga menerima wang bantuan itu adalah penerima mesti mengetepikan hak untuk mendapatkan bantuan undang-undang.

“Jika mereka sudah mendapat wang bantuan, jadi tidak wajar bagi mereka menerima wang melalui tindakan undang-undang pula,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/21

No comments:

Post a Comment