Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

Dibaling kasut


Objek berwarna merah, dipercayai kasut dibaling ke arah Hillary Clinton ketika beliau sedang berucap dalam persidangan di Institut Industri Bahan Kitar Semula (ISRI) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), kelmarin. - AGENSI
Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton hampir terkena kasut yang dibaling oleh seorang wanita ketika beliau berucap di sebuah persidangan di Institut Industri Bahan Kitar Semula (ISRI) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), kelmarin.
Kejadian yang sempat dirakam itu, turut menyaksikan Clinton sempat mengelak daripada terkena objek berkenaan.
Di sebalik kejadian itu, Clinton bersikap tenang dan sempat berseloroh tentang hal tersebut sambil menambah, beliau tidak menyangka pengurusan bahan buangan boleh mengundang kontroversi sehingga beliau dibaling kasut.
Wanita yang membaling kasut ke arah Clinton ditangkap dan dibawa keluar dari dewan tersebut dan ditahan pihak polis, menurut majalah Las Vegas Review-Journal.

No comments:

Post a Comment