Search This Blog

Monday, April 21, 2014

Cemas empat jam


Sepang: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) bagi penerbangan MH192 yang kerosakan gear pendaratan berlegar di udara sekurang-kurangnya empat jam sebelum selamat mendarat semula di KLIA, pada 1.56 pagi tadi.
Menurut MAS dalam kenyataannya, MH192 yang dalam penerbangan dari KLIA ke Bangalore, terpaksa berpatah balik berikutan masalah berkenaan.
Katanya, MH192 dari KLIA ke Bangalore pada 10.09 malam tadi dan sepatutnya mendarat di Bangalore pada 11.35 malam.

Menurut MAS, gear pendaratan kanan pesawat itu dilaporkan mengalami kerosakan sejurus berlepas.
Foto
PESAWAT Malaysia Airlines (MAS) yang selamat mendarat cemas di KLIA. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor.

Kenyataan itu turut menjelaskan, pesawat Boeing 737-800 itu membawa 166 penumpang, termasuk tujuh anak kapal.

Sejurus menerima panggilan kecemasan, MAS bekerjasama dan bersiap sedia dengan pasukan penyelamat bagi menghadapi situasi pendaratan.

Bagaimanapun, suasana cemas bertukar lega apabila MH192 itu berjaya membuat pusingan balik dan mendarat dengan selamat.

“Alhamdulillah...semua penumpang selamat," kata Pemangku Menteri Pengankutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui laman Twitter miliknya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/21

No comments:

Post a Comment