Search This Blog

Thursday, April 24, 2014

Ambulans tiba-tiba terbakar


Seremban: Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) gempar seketika apabila sebuah ambulans tiba-tiba terbakar di bahagian penumpang selepas menurunkan seorang pesakit di wad kecemasan, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pemandu ambulans berkenaan dipercayai menyedari tempat penyimpanan bateri yang terletak di bahagian penumpang berasap sebelum terbakar.


Berikutan kejadian itu, lelaki terbabit segera memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api.



Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohd Azli Mohd Ros berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.51 malam sebelum tujuh anggota bersama jentera ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba, kebakaran dipadamkan hospital. Anggota bomba menjalankan pemeriksaan dan mendapati kebakaran berpunca daripada tempat penyimpanan bateri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/23

No comments:

Post a Comment