Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

9 rakyat Kemboja maut di Thailand


Bangkok: Sembilan rakyat Kemboja terbunuh apabila bas mini membawa pekerja pulang dari sambutan Tahun Baru penganut Buddha terbabas dan meletup di timur Thai, semalam.

Ia kejadian besar pertama ketika musim cuti Songkran yang melihat peningkatan kemalangan akibat keadaan jalan raya yang teruk walaupun pelbagai kempen kesedaran keselamatan jalan raya diadakan.


Ketua polis tempatan Mejar Jeneral Chatchai Chaipetch berkata, kejadian berlaku apabila bas itu melalui selekoh tajam pada waktu awal pagi sebelum terbabas dan merempuh pokok.

“Sembilan orang semuanya rakyat Kemboja terbunuh di tempat kejadian manakala lebih 10 cedera dan sedang menerima rawatan di hospital,” katanya.


Seorang anggota penyelamat berkata 14 orang dikejarkan ke hospital termasuk tiga yang cedera parah.


Jalan raya di Thailand terkenal antara yang paling berbahaya di dunia terutama bagi bas yang bergerak pada waktu malam.

Namun, keadaan lebih teruk setiap kali musim Songkran yang melihat ratusan mangsa maut setiap tahun. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/12

No comments:

Post a Comment