Search This Blog

Monday, April 7, 2014

4 serangan serentak, 1 terbunuh di Yala


Bangkok: Seorang maut manakala 14 parah semalam selepas beberapa serangan bom di Yala.

Empat bom dilaporkan meletup termasuk satu yang disembunyikan dalam kereta yang turut mengakibatkan bangunan berhampiran rosak teruk.


Bom dalam kereta amat jarang digunakan di wilayah selatan Thai ini yang sering melihat pertempuran bersenjata dalam usaha menuntut pemisahan daripada pemerintahan Thai sejak sedekad lalu.

Jurucakap tentera Kolonel Promote Prom-in berkata, empat letupan berkenaan berlaku hampir serentak.


“Satu daripada bom berkenaan disorokkan dalam sebuah kereta yang sudah lama dilaporkan dicuri dan pernah digunakan untuk beberapa rompakan.


“Satu lagi bom disorokkkan dalam sebuah bagasi yang mengakibatkan seorang maut manakala dua bom lebih kecil masing-masing meletup di pasar dan bank.

Yala antara tiga wilayah selatan yang majoriti penduduknya beragama Islam yang menuntut pemerintahan autonomi daripada kerajaan Thai.

Setakat ini, kira-kira 6,000 dijangka maut akibat konflik itu, kebanyakannya terdiri daripada orang awam.

Beberapa siri rundingan damai tahun lalu memperlihatkan kesan positif, namun kemelut politik di Bangkok sejak enam bulan lalu mengakibatkan usaha berkenaan terbantut. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

No comments:

Post a Comment