Search This Blog

Monday, April 7, 2014

16 terbunuh, 49 cedera selepas lori terjun gaung


Punjab: Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh manakala 49 yang lain cedera apabila lori yang terlebih muatan terjunam ke dalam gaung di wilayah tengah Pakistan, semalam.

Kemalangan berlaku berhampiran bandar Kalar Kahar, 155 kilometer ke selatan Islamabad.


“Kejadian berlaku di perkampungan Mattan apabila lori yang membawa 65 penumpang terjunam ke dalam gaung kerana terlebih muatan. “Mereka yang cedera termasuk wanita dan kanak-kanak,” kata seorang anggota penyelamat, Imran Akhtar.

Mangsa yang cedera dibawa ke pusat kesihatan tempatan berhampiran yang kurang kelengkapan untuk mengendalikan kes berkenaan.


“Pusat kesihatan luar bandar kekurangan peralatan dan saya bimbang jumlah kematian akan meningkat,” kata Imran.


Pakistan adalah satu daripada negara di dunia yang mempunyai rekod buruk kemalangan jalan raya yang membawa maut.

Ia berpunca daripada keadaan jalan raya dan kenderaan yang teruk selain kecuaian pemandu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

No comments:

Post a Comment