Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

12,000 tentera ke Republik Afrika Tengah


WASHINGTON 11 April - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam sebulat suara bersetuju untuk menghantar seramai 12,000 tentera pengaman ke Republik Afrika Tengah bagi membantu mengekang keganasan antara militan Kristian dan pemberontak Muslim Seleka negara itu.
Resolusi oleh Perancis itu akan melibatkan seramai 10,000 tentera dan 1,800 polis pengaman ke Bangui bagi membantu tentera Perancis dan Afrika menangani konflik berkenaan.
Namun, misi ten­te­ra pengaman itu akan bermula pada 15 September ini dan mengambil alih tempat 2,000 tentera Perancis serta 6,000 tentera Kesatuan Afrika yang kini ditugaskan dalam wilayah tersebut.
Dalam pada itu, seramai 800 orang tentera pengaman Afrika dari Chad telah berundur dari kawasan konflik minggu lalu selepas didakwa bertindak berat sebelah terhadap penduduk minoriti Islam negara itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140412/lu_06/12000-tentera-ke-Republik-Afrika-Tengah#ixzz2ycEiRWkl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment