Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

10 maut trak rempuh bas


Los Angeles: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh, kebanyakannya pelajar sekolah tinggi apabila sebuah trak merempuh bas yang membawa pelajar untuk lawatan kampus di California Utara, semalam.

Lebih 30 yang lain cedera selepas pemandu trak FedEx itu gagal mengawal kenderaannya dan menyeberang pembahagi jalan sebelum melanggar bas itu secara berdepan.
Selain pemandu, bas itu turut membawa antara 44 dan 48 pelajar serta tiga atau empat guru menuju ke Universiti Humboldt State.

Kemalangan berlaku berhampiran bandar Orland, 150 kilometer ke utara Sacarmento.

Antara yang mati ialah pemandu trak dan pemandu bas berkenaan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/12

No comments:

Post a Comment