Search This Blog

Wednesday, March 19, 2014

Warga Thai diberkas miliki pistol


Kuala Lumpur: Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita warga Thailand serta merampas dua pucuk pistol jenis Revolver bersama sebutir bom tangan dalam dua serbuan berasingan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, tiga suspek ditahan dalam serbuan pertama di sebuah hotel bajet di Jalan Sarawak kira-kira jam 12.20 pagi semalam.


Beliau berkata, tiga lagi suspek ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor jam 1.45 pagi tadi.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan senjata api itu diseludup dari negara jiran untuk melakukan jenayah.


"Siasatan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau dalam pelbagai kesalahan seperti bunuh, dadah dan samun," katanya dalam sidang media di IPKKL


Semua suspek berusia antara 31 hingga 41 tahun itu direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/19

No comments:

Post a Comment