Search This Blog

Saturday, March 8, 2014

Warga emas rentung di Kepala Batas


KEPALA BATAS 7 Mac - Seorang wanita warga emas rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumahnya di Kampung Permatang Bertam dekat sini, kira- kira pukul 7.45 malam.
Mangsa, Fauziah Halim, 76, yang tinggal seorang diri di rumah dua tingkat ditemui dalam keadaan terlentang dan hampir 60 peratus rentung dalam bilik air selepas api berjaya dipadamkan.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Aznam Asraf berkata, tiga jentera masing- masing dari Balai Kepala Batas, Butterworth dan Kuala Muda tiba di tempat kejadian selepas 10 minit menerima panggilan kecemasan.
" Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 8.40 malam oleh sebanyak 27 anggota bomba tetapi kebakaran berkenaan telah memusnahkan hampir keseluruhan struktur rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140307/je_06/Warga-emas-rentung-di-Kepala-Batas#ixzz2vJnNEvF4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment