Search This Blog

Wednesday, March 19, 2014

Warga emas nyaris maut

SITI SAFA MOHD NOR
Warga emas nyaris maut
Keadaan rumah Asmaluddin yang ditimpa pokok dalam satu kejadian, kelmarin. - Foto Sinar Harian
19 Mac 2014
SEORANG warga emas nyaris maut apabila kediamannya di Kampung Kedah, di sini, ditimpa pokok besar dalam kejadian ribut, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Asmaluddin Hashim, 71, berkata, ketika kejadian dia bersendirian di rumah sementara isterinya ke Pulau Pinang.

Menurutnya, sebelum kejadian dia mendengar mendengar dentuman.

“Mujur ketika itu pakcik ada di dapur, pokok itu tumbang tepat di bahagian depan rumah.

“Mula-mula pakcik ingat bumbung rumah yang terbang, tak sangka ada pokok tumbang, habis sebahagian bumbung rumah pakcik rosak,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, sebelum ini dia sememangnya berhasrat menggantikan bumbung rumahnya tetapi bukanlah dalam masa terdekat.

"Nampaknya, memang pakcik kena ganti cepatlah bumbung rumah sebab sudah ditimpa pokok asam gelugur yang sengaja tanam sejak 1970-an.

"Apa pun,  pakcik bersyukur kerana tidak cedera dalam kejadian ini, ” katanya.

No comments:

Post a Comment