Search This Blog

Monday, March 10, 2014

Terhempas di perairan Malaysia?


Seorang anggota tentera laut Vietnam menaiki pesawat buatan Soviet AN-26 membantu dalam operasi mencari pesawat MH370 yang hilang, semalam. - AFP
HANOI, 9 Mac - Pesawat Malaysia Airlines, MH370 membawa 239 orang 'mungkin' terhempas di perairan Malaysia, berdasarkan perkiraan yang diberikan oleh pihak berkuasa menyelamat Malaysia, demikian kata seorang pegawai kanan Tentera Laut Vietnam.
Laksamana Ngo Van Phat memberitahu Reuters, pesawat itu mungkin telah terhempas di perairan Malaysia, 153 batu di luar perairan Vietnam dekat Pulau Tho Chu, Vietnam, berdasarkan kelajuan pesawat itu dan kedudukan terakhirnya sebelum hilang dikesan.
Laksamana itu menafikan laporan awal media rasmi Vietnam yang memetik beliau sebagai berkata, pesawat itu sebenarnya telah terhempas.
Pulau Tho Chu terletak ke barat daya selatan Vietnam dan Pulau Phu Quoc, sebuah destinasi pelancongan popular di Vietnam.
"Pasukan menyelamat Thai dan Malaysia mempunyai kedudukan lebih baik untuk mengendalikan gerakan menyelamat tetapi bot-bot tentera laut Vietnam di Pulau Phu Quoc bersedia memberi kerjasama dalam sebarang misi menyelamat jika diminta," kata Phat kepada Reuters melalui telefon.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140310/lu_03/Terhempas-di-perairan-Malaysia#ixzz2vYA6fTJA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment