Search This Blog

Wednesday, March 19, 2014

Teman wanita Mick Jagger dijumpai mati


Mick Jagger (kiri) bersama L'Wren Scott.
NEW YORK 18 Mac - Teman wanita kepada vokalis kumpulan Rolling Stones, Mick Jagger, ditemukan meninggal dunia di pangsapurinya di sini, kata jurucakap penyanyi itu semalam.
Menurut jurucakap tersebut menerusi akaun Twitter Jagger, penyanyi itu terkejut dan sedih dengan berita kematian L'Wren Scott, 49.
Scott yang juga pereka fesyen dan bekas model, mula bercinta dengan ahli kumpulan Rolling Stones itu sejak 2001 selepas Jagger berpisah dengan isterinya, Jerry Hall.
Polis New York mengesahkan, pihaknya menemukan mayat seorang wanita di 200 11th Avenue selepas dimaklumkan pada kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan.
"Sebaik-baik tiba, pegawai polis menemukan seorang wanita yang tidak sedarkan diri.
"Scott disahkan meninggal dunia di rumahnya," kata jurucakap polis.
Pihak polis kini sedang menyiasat punca kematian.
Jagger, 70, yang ketika ini berada di Perth, Australia untuk konsert jelajah, membatalkan persembahan kumpulan tersebut selepas menerima berita kematian Scott. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140319/lu_05/Teman-wanita-Mick-Jagger-dijumpai-mati#ixzz2wMWpcU4n
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment