Search This Blog

Wednesday, March 5, 2014

Suspek pernah ugut bunuh mangsa


KOTA BHARU 4 Mac - Suspek kes bakar isteri pernah mengugut untuk membunuh pasangannya itu, Rohfadla Daud, 30, kerana berkeras untuk bercerai.
Adik mangsa, Ahmad Syafiq Abdullah, 21, berkata, kakaknya yang mempunyai tiga anak berusia lima hingga lapan tahun itu pernah meluahkan perkara tersebut kepada ahli keluarga yang lain beberapa kali.
Katanya, mereka sekeluarga tidak menyangka ugutan tersebut benar-benar terjadi kerana laporan polis terhadap suspek telah dibuat sebelum ini.
"Semua ahli keluarga tidak mahu masuk masuk tetapi bila sudah berlaku begini, kami terpaksa masuk campur," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140305/je_04/Suspek-pernah-ugut-bunuh-mangsa#ixzz2v2DSOnh8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment