Search This Blog

Saturday, March 8, 2014

Seorang maut, 12 hilang dalam letupan di kilang kimia


BEIJING 8 Mac - Satu letupan yang berlaku di sebuah kilang kimia di utara China telah menyebabkan seorang terkorban dan 12 lagi masih hilang, kata pihak berkuasa semalam.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kerajaan tempatan di wilayah Hebei, seramai 13 orang dipercayai berada di bahagian yang memproses emulsi bahan letupan di kilang berkenaan, yang diusahakan oleh kumpulan Kailuan Group, di Tangshan, ketika letupan awal pagi itu berlaku.
Katanya, seorang mangsa telah disahkan mati dan pihak berkuasa sedang mencari 12 orang lagi mangsa yang masih hilang.
Selain itu, kenyataan ringkas yang dikeluarkan menyatakan bahawa punca letupan masih tidak diketahui. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140308/lu_03/Seorang-maut-12-hilang-dalam-letupan-di-kilang-kimia#ixzz2vJhhlTr7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment