Search This Blog

Wednesday, March 5, 2014

Saudi larang jual minuman bertenaga


RIYADH 4 Mac - Kerajaan Arab Saudi menguatkuasakan larangan pengiklanan minuman bertenaga dan penjualan produk itu di kompleks kemudahan pendidikan, sukan dan bangunan kerajaan atas faktor kesihatan.
Akhbar tempatan Arab News hari ini yang memetik kenyataan pihak berkuasa melaporkan, keputusan itu dibuat selepas kajian Kementerian Dalam Negeri mendapati kesan buruk minuman bertenaga ke atas pengguna, namun nama produk tersebut tidak didedahkan.
Jelas kenyataan itu, larangan terhadap iklan produk berkenaan termasuk dalam semua media cetak, audio dan visual selain penjualan di kelab sukan dan awam di negara ini.
"Syarikat minuman bertenaga juga tidak dibenarkan memberi tajaan kepada mana-mana majlis sukan, kebudayaan dan sosial serta perlu meletakkan label amaran kesihatan terhadap produk masing-masing," lapor kenyataan itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140305/lu_08/Saudi-larang-jual-minuman-bertenaga#ixzz2v29rUvmF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment