Search This Blog

Wednesday, March 19, 2014

Rumah kedai musnah dirempuh


Oleh Amran Yahya
Kuala Pilah: Dua rumah kedai di Bandar Kuala Pilah, di sini, rosak teruk selepas dirempuh sebuah lori tiga tan yang terbabas, awal pagi tadi.

Kejadian jam 2.20 pagi itu berlaku apabila sebuah lori membawa muatan makanan sejuk beku melanggar belakang bas ekspres berkenaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.


Lori itu kemudian terbabas dan melanggar dua rumah kedai berhampiran menyebabkan bahagian depan sebuah daripada dua kedai itu runtuh.

Kemalangan itu menyebabkan pemandu dan kelindan lori mengalami kecederaan dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba sebelum kedua-duanya dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah.

Foto


Bagaimanapun, penumpang dan pemandu bas serta penghuni rumah kedai tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/19

No comments:

Post a Comment