Search This Blog

Wednesday, March 5, 2014

Rogol: Hukuman penjara 25 tahun, 7 sebatan kekal


SHAH ALAM 5 Mac - Seorang bekas pembantu jualan hari ini gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi di sini untuk mengetepikan hukuman penjara 25 tahun dan sebatan tujuh kali yang dihadapinya setelah didapati bersalah merogol seorang gadis bawah umur dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard milik ibunya, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian setelah menolak rayuan Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 25, sekali gus mengekalkan hukuman tersebut yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Ampang, dua tahun lalu.
Beliau memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman tersebut bermula hari ini.-UTUSAN ONLINE.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140305/ma_11/Rogol-Hukuman-penjara-25-tahun-7-sebatan--kekal#ixzz2v6bXiSnt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment