Search This Blog

Wednesday, March 19, 2014

Remaja lelaki ditemui lemas



ANGGOTA bomba mengangkat mayat Muhammad Aqmal yang lemas di temui lemas di Tasik Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor semalam.


KUALA SELANGOR – Mayat remaja lelaki, Muhammad Eqmal Haqem Kamarul Bahrin (gambar kecil) yang hilang selepas terjatuh ketika berbasikal di Tasik Puncak Alam petang kelmarin ditemui lemas semalam.
Difahamkan, mangsa, dilaporkan terjatuh ke dalam tasik tersebut ketika sedang berbasikal di situ bersama seorang rakannya kira-kira pukul 6 petang kelmarin.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya yang menerima panggilan mengenai kejadian itu kemudian melakukan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan Eqmal Haqem.
Menurutnya, mayat mangsa ditemui anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) yang melakukan operasi mencari dan menyelamat di tasik berkenaan pada pukul 4.30 petang semalam kira-kira 100 meter dari lokasi dia terjatuh.
“Anggota PPDA menemui mangsa dalam keadaan lengkap berpakaian terperangkap di dalam lumpur di dasar tasik.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2wM3Cwt3T 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment