Search This Blog

Wednesday, March 19, 2014

Punca kematian penunjuk perasaan didedah


19 Mac 2014


KAHERAH  - MESIR. Badan hak asasi manusia Mesir mendedahkan pasukan keselamatan dan elemen bersenjata menjadi punca kematian ratusan penunjuk perasaan selepas bekas Presiden Mohammed Mursi digulingkan, tahun lalu.

Laporan yang dikeluarkan Majlis Kebangsaan untuk Hak Asasi Manusia menunjukkan 632 orang termasuk lapan anggota polis terkorban apabila pasukan keselamatan menggunakan tindakan kekerasan ke atas mereka.

"Kebanyakan penunjuk perasaan tidak dapat menyelamatkan diri ketika pertempuran tercetus antara kumpulan bersenjata dan anggota keselamatan di Kaherah," jelas laporan itu.

Sementara itu menurut Press TV, sebuah kumpulan hak asasi mendakwa pasukan keselamatan tidak memberi peluang kepada penyokong pro-Mursi untuk bersurai sehingga menyebabkan mereka menjadi mangsa dalam insiden keganasan tersebut.

No comments:

Post a Comment