Search This Blog

Wednesday, March 5, 2014

Polis tahan 3 suspek bunuh warga emas


KOTA BHARU 4 Mac - Polis menahan tiga suspek yang disyaki terlibat dalam kes samun dan bunuh seorang warga emas di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Bharu di sini Ahad lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, ketiga-tiga mereka ditahan di sekitar Wakaf Bharu dekat sini kira-kira pukul 12 tengah hari ini.
"Kesemua suspek berusia 25 hingga 33 tahun termasuk seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang warga emas berusia 85 tahun ditemui mati dipercayai sesak nafas kerana lehernya dijerut manakala mulutnya disumbat dengan kain oleh penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Kampung Kutan Tengah.
Mayat Wan Meriam Wan Mahmood ditemui dalam keadaan menyayat hati di dalam bilik tidur oleh cucu angkatnya, Mohd Faizal Abdul Samad, 30, kira-kira pukul 3.30 pagi.
Jalaluddin berkata, pada masa yang sama, pihaknya telah mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada ketiga-tiga suspek untuk membantu siasatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140305/je_06/Polis-tahan-3-suspek-bunuh-warga-emas#ixzz2v2MqERt6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment