Search This Blog

Thursday, March 20, 2014

Polis batal Festival Muzik di Cherating


Oleh Syazwan Msar
Kuantan: ‘Elak pisang berbuah dua kali’ alasan polis untuk membatalkan Festival Muzik Kuantan di Cherating yang sepatutnya berlangsung pada 4 dan 5 April depan berikutan tragedi enam mati akibat mengambil dadah berlebihan di Future Music Festival Asia (FMFA) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Jumaat lalu, tidak berulang.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, tindakan itu diambil selepas mengambil kira faktor keselamatan selain pendapat penduduk setempat yang mahu ia dibatalkan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Katanya, faktor lokasi yang tidak sesuai dan berhampiran kawasan perkampungan turut diambil perhatian kerana boleh mengganggu keselesaan serta ketenteraman penduduk tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/20

No comments:

Post a Comment