Search This Blog

Saturday, March 8, 2014

Pesawat hilang: Tentera Vietnam kesan tumpahan minyak


HANOI 8 Mac - Pasukan tentera Vietnam yang menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, mengesahkan penemuan tumpahan minyak di perairan Laut China Selatan dan telah menghantar dua buah bot ke lokasi dinyatakan.
Timbalan Ketua Turus Tenteranya, Vo Van Tuan memberitahu saluran televisyen tempatan, VTV, dua buah pesawatnya ternampak tumpahan minyak sepanjang 15 hingga 20 kilometer yang berhampiran antara satu sama lain.
Tumpahan minyak itu kemungkinan besar boleh memberi petunjuk kepada kehilangan pesawat MH370 sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, awal hari ini.
“Kami belum dapat memastikan sama ada tumpahan minyak itu berpunca daripada pesawat terbabit atau mana-mana kapal Vietnam yang melalui kawasan tersebut," katanya seperti yang dilaporkan AFP. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140308/lu_14/Pesawat-hilang-Tentera-Vietnam-kesan-tumpahan-minyak#ixzz2vPXG6nu6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment