Search This Blog

Wednesday, March 19, 2014

Penjenayah ditembak sah Geng 21


Oleh Mohd Fadly Samsudin
Kajang: Polis mengesahkan dua penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian di Ara Damansara malam semalam adalah anggota kumpulan kongsi gelap Geng 21.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shukri Dahlan berkata, hasil siasatan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk satu Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.



"Suspek berusia 22 dan 26 tahun ini dikehendaki berhubung beberapa kes jenayah termasuk samun, curi di daerah Banting, Kelana Jaya, Damansara dan Bandar Sungai Way.

"Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan suspek turut menemui sepucuk pistol jenis LLMA Caliber, dua bilah parang, topeng muka dan sarung tangan dijumpai yang dipercayai digunakan untuk melakukan samun," katanya ketika ditemui di sini, tadi.


Beliau berkata, berdasarkan rekod lampau penjenayah terbabit bergerak aktif sejak 10 tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/19

No comments:

Post a Comment