Search This Blog

Wednesday, March 5, 2014

Pencuri kabel maut terkena renjatan elektrik


KOTA BHARU 4 Mac - Seorang lelaki yang dipercayai cuba mencuri kabel elektrik maut akibat terkena renjatan di sebuah pencawang di Kawasan Perindustrian Mara II, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Difahamkan, semasa kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, suspek cuba memotong salah satu kabel yang terdapat dalam pencawang itu.
Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan tertiarap oleh seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika mahu menjalankan kerja-kerja penyelengaraan di kawasan pencawang tersebut.
Sebuah beg yang mengandungi peralatan untuk memotong kabel itu turut ditemui pada suspek.
Suspek dipercayai pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan di kawasan perindustrian tersebut namun dibuang kerja sejak dua tahun lalu kerana masalah disiplin.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Idris Abd. Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Difahamkan pencawang berkuasa 415 voltan itu digunakan untuk membekalkan arus elektrik di seluruh kawasan perindustrian tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140305/je_05/Pencuri-kabel-maut-terkena-renjatan-elektrik#ixzz2v2DZZ7Ck
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment