Search This Blog

Sunday, March 30, 2014

Pencalonan Abdel Fateh dibantah Ikwanul Muslimin


Penunjuk perasaan bertempur dengan polis ketika demonstrasi bantahan terhadap pencalonan Abdel Fated al-Sisi dalam pilihan raya Presiden di Ains Shams, timur Kaherah kelmarin. - REUTERS
KAHERAH 29 Mac - Sebanyak lima orang termasuk seorang wartawan wanita Mesir maut di sini, semalam selepas polis bertempur dengan penyokong pergerakan Islam yang membantah keputusan bekas ketua tentera negara ini, Abdel Fateh al-Sisi bertanding pada pilihan raya Presiden tidak lama lagi.
Keganasan itu meletus selepas penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi memenuhi jalan-jalan raya di Kaherah, Iskandariah dan beberapa bandar Mesir lain bagi menyuarakan kemarahan mereka terhadap Abdel Fateh yang menggulingkan pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin itu, sembilan bulan lalu.
Wartawan akhbar Al-Dustour yang juga wartawan sambilan portal Masr Alarabia, Mayada Ashraf meninggal dunia selepas terkena tembakan di kepala semasa membuat liputan pertempuran itu di kawasan perumahan Ein Shams.
Kementerian Dalam Negeri Mesir berkata, sebanyak empat lagi maut akibat pertempuran dengan pihak berkuasa dengan 11 lagi dilaporkan cedera terkena tembakan peluru penabur dan peluru hidup.
Katanya, sebanyak 79 penyokong Mursi ditahan di seluruh Mesir dalam protes itu kerana memiliki bom petrol dan mercun.
Dalam laporan terakhir Mayada di portal Al-Dustour, dia melaporkan pertempuran itu membabitkan penyokong Mursi dan orang awam dengan kedua-dua pihak berbalas tembakan.
Kementerian Dalam Negeri menyalahkan tindakan penyokong Mursi melepaskan tembakan secara rambang menyebabkan kematian penunjuk perasaan dan wartawan tersebut.
Kementerian itu menambah, seorang wanita turut maut akibat ditikam.
Bagaimanapun seorang penunjuk perasaan memberitahu, kematian penunjuk perasaan berpunca akibat tindakan polis yang melepaskan tembakan ke arah kumpulan itu yang sedang bersurai. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140330/lu_03/Pencalonan-Abdel-Fateh-dibantah-Ikwanul-Muslimin#ixzz2xOZLiDfM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment