Search This Blog

Wednesday, March 19, 2014

Pemandu lori edar ganja ke tali gantung


SHAH ALAM 18 Mac - Seorang pemandu lori dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar ganja seberat 473.3 gram, dua tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Zabri Md. Daud, 43, selepas mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Tertuduh didakwa mengedar dadah tersebut di No. 2, PJS4/27B Taman Medan, Petaling Jaya dekat sini pada pukul 3.10 petang, 13 Januari 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mirza Mohamad manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Liow Boon Lee.
Sepanjang perbicaraan pihak pendakwaan mengemukakan empat saksi sementara pembelaan memanggil tiga saksi termasuk tertuduh sendiri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140319/ma_05/Pemandu-lori-edar-ganja-ke-tali-gantung#ixzz2wMY1gKAU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment