Search This Blog

Wednesday, March 5, 2014

Muka taikun terkena dakwat hitam

MUKA Roy dipenuhi dakwat hitam di Mahkamah Tinggi di New Delhi semalam.


NEW DELHI - Muka Pengerusi Kumpulan Sahara, Subrata Roy terkena dakwat hitam yang dicurahkan seorang peguam, Manoj Sharma semasa dia tiba di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Sebuah stesen televisyen di India menyiarkan gambar muka Roy yang dipenuhi dakwat hitam itu.
Beberapa anggota polis kemudian bergegas membawa masuk Roy ke dalam mahkamah selepas kejadian itu berlaku.
"Saya membaling dakwat itu kerana dia seorang pencuri. Dia merompak wang daripada penduduk miskin," kata Sharma.
Sharma kemudian dipukul oleh beberapa penyokong Roy sebelum dia ditangkap polis.
Roy menghadiri pendengaran kesnya berhubung kes penipuan pelaburan yang menyebabkan dia berhutang lebih AS$3.5 bilion (RM11.47 bilion) kepada para pelaburnya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2v2U75U3S 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment