Search This Blog

Wednesday, March 19, 2014

Maut lepas 16 jam jatuh


Oleh Hadzlan Hassan
Shah Alam: Seorang budak perempuan berusia tiga tahun maut akibat pendarahan dalam kepala selepas 16 jam mangsa terjatuh di dalam bilik air di rumah bapa saudaranya di Taman Air Manis, Sabak Bernam, kelmarin.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, insiden itu hanya disedari bapa saudara mangsa berusia 17 tahun selepas menemui mangsa dalam keadaan separuh sedar di dalam tandas berkenaan.

Bagaimanapun mangsa tidak dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan berikutan didakwa pulih.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 6 pagi semalam, mangsa didapati, muntah-muntah sebelum mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sabak Bernam untuk mendapatkan rawatan namun mangsa disahkan mati kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam),” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/19

No comments:

Post a Comment